#HOT :#Filem KL Gangster 2 Sudah Boleh Di Muaturun Percuma Sebelum Tayangan Sebenar?

Nampaknya pihak produksi filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof akan mengalami kerugian besar kerana berkemungkinan jumlah penonton yang akan berkunjung ke pawagam akan berkurang.Bukan disebabkan filem itu tidak berkualiti tetapi kerana filem tersebut sudah boleh di download secara percuma di internet biarpun filem KL Gangster 2 ini belum lagi di tayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara.

Menurut pemilik blog Nescafeais,beliau pada mula tak percaya tapi setelah dicuba download memang betul-betul boleh download secara percuma.

Awalnya pautan ini dianggap sebagai (link) spam, tetapi apabila kami download Kl Gangster 2 Leak Version , nyata fail yang ditawarkan mengandungi filem penuh KL Gangster 2 yang memang di tunggu ramai.
Berikut beberapa screenshot dari fail yang di dakwa sebagai filem penuh KL Gangster 2 ini untuk tatapan anda. Pautan terus, aku takleh bagi, kang kena sound ngan SKMM..huhuhu .
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?Nampaknya pengusaha filem perlu lebih berhati-hati dan pastikan filem-filem yang mereka hasilkan disimpan dengan rapi tanpa dapat dicerobohi oleh penyangak tak bertanggungjawab.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: