#HOT : Isu Pakai Rantai Salib: Kenapa Sensitif Sangat? - Jehan Miskin

Kredit foto Faisol Mustafa.

Pelakon juga pengarah Jehan Miskin sedih dengan dakwaan dia kononnya membelakangkan agama ekoran sekeping foto yang menunjukkan dia bersama isterinya memakai loket berbentuk lambang salib yang dimuatkan di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Malah pengarah drama What If ini menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menempelaknya dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional, terlalu emosi dan bersikap 'terlebih' sensitif.

"Pada saya ianya mudah. Kalau kita fikir positif, positif lah. Tapi kalau kita fikir negatif, jadi negatif lah ia. Bila isu ni timbul saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib. Saya siap suruh pihak itu rujuk wikipedia.

"Saya dilahirkan Islam, jadi tak masuk akal kalau saya pakai salib. Lain lah kalau saya tak perasan atau terpakai. Tapi dalam hal ini, saya memang pakai loket tu dan nak kongsikan gambar pada para peminat saya. Loket tu adalah lambang pengangkap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama", katanya kepada Malaysian Digest tatkala diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Pun begitu menurut Jehan, dia pada mulanya membalas kritikan pihak tersebut menerusi laman Facebooknya dengan tujuan cuba untuk membetulkan salah faham pihak terbabit. Tetapi apabila pihak pengkritik berkenaan dan peminatnya dilihat mula bergaduh disebabkan perbezaan pendapat tentang gambar itu, Jehan semakin bingung dan terus berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya.
Inilah gambar yang dimuatkan Jehan di Instagramnya yang mencetuskan 'isu panas'.

Malah disebabkan tidak mahu laman sosial Facebook menjadi medan perang, kata Jehan, dia terpaksa 'menyembunyikan' beberapa kritikan yang disifatkan sebagai kritikan yang melampau.

"Mula-mula saya jawab komen tersebut sebab nak betulkan salah faham. Saya tak marah pihak tersebut. Tapi bila saya reply, ada lagi yang mengatakan loket tu memang lambang salib dan masa tu ada juga peminat yang menyokong saya. Jadi kali kedua, saya reply lagi untuk beri penjelasan. Saya ingatkan semuanya dah selesai tapi lain pula jadinya apabila peminat saya dan pengkritik tersebut mula bergaduh. Kali ketiga, saya dah malas nak layan dah... lantak lah nak jadi apa pun.

"Sampaikan saya terpaksa hide beberapa komen yang sangat pedas bagi mengelakkan peminat saya terus bergaduh dengan pihak berkenaan. Saya tak nak Facebook saya jadi tempat bergaduh. Padahal selama ni facebook saya berkongsi perkara-perkara yang menggembirakan.

"Cuma apa yang saya sedih, kenapa ada pihak yang sensitif sangat...? Bagi saya pihak yang mengkritik tu, emo. Kenapa mereka cepat melenting dan tak rasional. Kalau mereka rasional, mesti ianya ada perbincangan dan hujah.

"Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas. Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?", katanya dengan panjang lebar.

Jehan juga memberitahu, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo memandangkan dia merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut. Dan tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu -malaysian digest

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: