#INFOAUTO :Proton Suprima S bakal bawa 'perubahan'

Dr Mahathir dan Mohd Khamil (kiri) ketika majlis pelancaran model baru Proton Suprima S di ibu negara semalam. Model baru Proton Suprima S dijual dengan harga bermula dari RM76,338.

KUALA LUMPUR - Proton Suprima S yang baru dilancarkan bakal menjadi "pembawa perubahan" dalam menambah baik standard dan kualiti kereta pengeluar kereta nasional itu dan mengubah persepsi awam terhadap Proton, kata Hong Leong Investment Bank, hari ini.

Ia berkata pelancaran Suprima S akan meningkatkan penawaran produk Proton dan membantu mengembalikan semula keyakinan pasaran dan bahagian pasaran.

"Kami menjangka Suprima S mendapat sambutan positif daripada orang ramai, sama dengan pelancaran Saga SV sebelum ini pada pertengahan Jun, yang menerima lebih 20,000 tempahan," kata bank pelaburan itu dalam satu nota.

Variasi Proton baru itu berharga antara RM76,000 dan RM80,000 dan berjaya memperoleh penarafan lima bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme dan dikatakan lebih baik daripada model hatchback kelas sama yang lain yang berada dalam pasaran Malaysia berharga di atas RM120,000.

Bank itu mengekalkan penarafan "beli" bagi DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.36. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: