Lagi Ucapan Raya Bersama ‘HALAL DOG’

Apabila menjelang Syawal, kanak-kanak terutamanya akan tunggu dihadapan rumah jikalau ada posmen yang akan menghantar kad raya.

Dunia dah maju, zaman dah berubah.

Kecanggihan teknologi membuatkan kad raya seperti tidak lagi wujud.

Ucapan raya kini lebih banyak dihantar menerusi aplikasi telefon mahupun email.

Tetapi sejak kebelakangan ini, lain pula jadinya.

Ucapan berbuka puasa dihiasi bak kut teh (sup babi).

Video ucapan raya diraikan dengan anjing-anjing peliharaan.
Hari ini kami menerima sekeping gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang saya yakin beragama Islam mengeluarkan gambar ucapan Aidilfitri bersama anjing.

Walaupun kita lihat tiada sentuhan ‘direct contact’ di dalam gambar tersebut, tetapi kapsyen ucapan raya tersebut mungkin akan mengguris hati umat Islam.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maaf Dzahir Bathin. – Dari August AlKalb The Halal Dog dan Julie The Cat.”

p/s:Kenapa sejak akhir-akhir ni banyak benor benda-benda sebegini..adakah rakyat  negara ni masih ramai yang belum kenal Islam sebenar-benarnya?Wallahu'lam

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: