Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif Mengaku Tidak Bersalah

Pegawai Veterinar, Mohammad Affandi Ismail dibawa ke Mahkamah Majistret untuk didakwa atas tuduhan membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lepas. Mohammad Affandi didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada isterinya. -fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang didakwa membelasah isteri dalam lif mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Mahkamah membenarkan tertuduh, Mohd Fandi Ismail, 36, diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: