#mesirkini :Kerajaan Arab Saudi menyokong kekejaman junta tentera Mesir

RIYADH ( Arrahmah.com ) - Raja Arab Saudi Abdullah bin Abdul Aziz Alu Sa'ud pada hari Jumaat (16/8/2013) menyatakan sokongan negaranya terhadap Mesir dalam menghadapi apa yang ia namakan "keganasan". Raja Abdullah menyeru kepada negara-negara Arab untuk menyokong junta tentera yang saat ini berkuasa di Mesir, di saat korban gugur dan kecederaan berat terus bertambah akibat tindakan represif tentera terhadap para demonstran penyokong Mursi, laporan Al-Jazeera .

Dalam pernyataa rasmi yang dibacakannya melalui stesen TV rasmi Arab Saudi, raja Abdullah menyatakan bahawa negaranya sebelumnya berdiri dan hari ini juga berdiri bersama pemerintah Mesir [junta tentera] dalam menghadapi apa yang ia namakan "keganasan, kesesatan dan kekacauan".

BACA: Raja Faisal Al-Saud (Arab Saudi) berketurunan yahudi?

Raja Abdullah menambah bahawa aparat keamanan Mesir, rakyat Mesir dan rakyat Arab harus menghadang setiap pihak yang berusaha "menggoncang kestabilan Mesir".

Raja Arab Saudi adalah kepala negara pertama yang mengucapkan selamat kepada pemerintahan interim Mesir pimpinan Adli Manshur, setelah Presiden Muhammad Mursi dikudeta oleh tentera pada 3 Julai 2013 lalu. Arab Saudi juga menggelontorkan bantuan bernilai 5 bilion dolar kepada pemerintahan Adli Manshur.

Raja Abdullah menyeru kepada rakyat Mesir dan Arab untuk menghadapi "keganasan" yang mensasarkan Mesir, istilah yang juga digunakan oleh pemerintahan interim Adli Manshur dan junta tentera Mesir terhadap massa demonstran yang menuntut pengembalian presiden terguling Muhammad Mursi.

Dalam pernyataan tersebut raja Abdullah menegaskan negaranya menolak campur tangan negara-negara asing terhadap urusan dalam negeri Mesir. Abdullah berkata negara-negara yang melakukan campur tangan terhadap urusan dalam negeri Mesir tengah "menyalakan api fitnah" dan "mengobarkan keganasan".

Pada Rabu (15/8/2013) aparat kepolisian dan tentera Mesir membubarkan massa demonstrasi damai di Rabi'ah al-Adawiyah Square, Nahdhah Square dan beberapa tempat lain dengan kekuatan senjata. Aparat kepolisian dan tentera Mesir juga membakar rumah sakit lapangan di Rabi'ah Square. Gabungan Nasional Penyokong Legitimasi mengatakan sampai Rabu siang sekurang-kurangnya 2600 demonstran gugur dan 6000 lagi cedera oleh tindakan represif polis dan tentera.

Kebiadaban polis dan tentera Mesir yang membantai ribuan demonstran awam itu mengundang kecaman keras dunia antarabangsa. Majlis Keselamatan PBB, Amnesty International, Human Right Watch dan pelbagai institusi dunia lain menyeru penamatan tindakan represif tentera. Kecaman dunia antarabangsa inilah yang disebut raja Abdullah sebagai "campur tangan negara-negara asing".

Satu minggu lalu kira-kira 50 ulama Arab Saudi mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyebut penggulingan Presiden Muhammad Mursi sebagai sebuah rampasan kuasa. Sikap yang sama disampaikan oleh ahli-ahli Majlis Syura [Parlimen] Arab Saudi, Shadaqah Fadhil, kepada Al-Jazeera . (Muhibalmajdi / arrahmah.com )

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: