#mesirkini :Lebih 4500 syahid, kata Gehad El Haddad

KAHERAH 15 Ogos – Jurucakap Media Ikhwan Muslimin, Gehad El Haddad melaporkan dalam twitternya, sehingga kini jumlah kematian keseluruhan penyokong Morsi mencecah melebihi 4,500 orang.

Katanya,jumlah kematian masih dalam kiraan. Bagaimanapun jenazah yang syahid dikumpulkan di 3 buah masjid, hospital dan 2 bilik mayat.

Kebanyakan keluarga telah bergegas ke tempat tersebut untuk mengenalpasti jenazah ahli keluarga masing-masing.

Dalam satu perkembangan terbaru dilaporkan Pensyarah Tafsir di Kuliah Usuluddin Al – Azhar. Dr Abdul Rahman Uwais, syahid setelah telah ditembak di Medan Rabaah.

Mengikut perkembangan lain dilaporkan, Dr Muhammad Sayyed Ramadhan yang merupakan salah seorang anggota Majlis Syura juga telah gugur syahid di Medan Rabiatul Adawiyah. Beliau adalah warga Bani Suwef dan berasal dari Perkampung Balivia.

Selain itu yang turut terkorban ialah Jurugambar bagi saluran Misr25, Ahad Abelgawad yang ditembak mati dalam pembunuhan beramai-ramai semalam. Seorang lagi ialah jurugambar Mus’ab Asy Syami.

Anak perempuan kepada seorang tokoh Ikhwan Muslimin, Asmaa Mohamed El Beltagi, 17, turut menjadi mangsa kekejaman tentera Mesir selepas terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh pihak tentera.

Pasukan tentera dan polis Mesir bertindak lebih kejam apabila membakar Masjid Rabiatul Adawiyah dan Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah secara keseluruhannya.

Dilaporkan, terdapat jenazah-jenazah penyokong Morsi yang dibakar yang mana dipercayai dilakukan pihak tentera bagi menghapuskan bukti pembunuhan.

Menurut saksi di tempat kejadian, Muhammad Noah Al ghazali, seramai lebih kurang 300 jenazah yang rentung dikeluarkan dari Masjid Rabiatul Adawiyah yang telah dibakar.

Dalam pada itu, sehingga kini Medan Raba’ah sepenuhnya telah dikawal oleh pihak tentera, manakala penyokong Morsi kini bergerak ke Medan Alf Maskan sebagai pusat himpunan yang baru.[ismaweb.net]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: