#mesirkini :Ucapan Presiden Obama Berikutan Peristiwa Berdarah 15 Ogos di Mesir

Amerika Syarikat sekeras-kerasnya mengutuk langkah yang telah diambil oleh kerajaan sementara Mesir dan Pasukan Keselamatan.

Kami amat kesal atas keganasan yang dilakukan ke atas rakyat. Kami juga menyokong hak asasi demi maruah manusia termasuk hak berhimpun secara aman. Kami turut menentang pelaksanaan undang-undang tentera yang menafikan hak rakyat di bawah prinsip bahawa keselamatan mengetepikan kebebasan individu atau menjadikan ia hak tentera untuk melakukan tindakan.

Justeru, hari ini Amerika Syarikat menyampaikan takziah kepada keluarga dan semua yang terkorban serta mangsa yang cedera.

Memandangkan hubungan rapat kami dengan Mesir, kepentingan keselamatan negara kami di kawasan penting dunia ini dan kepercayaan kami bahawa penglibatan kami boleh membantu pengembalian semula kerajaan rakyat yang dilantik secara demokrasi, kami masih mengekalkan komitmen terhadap Mesir serta rakyatnya.

Sebaliknya semasa kami ingin mengekalkan hubungan tersebut, kerjasama tradisi kami tidak dapat diteruskan seperti biasa apabila rakyat dibunuh di jalanan dan hak-hak sedang dinafikan.

Oleh itu, pagi ini kami telah memaklumkan kepada kerajaan Mesir bahawa kami membatalkan latihan kerjasama tentera dua kali setahun yang telah dijadualkan pada bulan hadapan.

Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan negara untuk menilai kesan atas tindakan yang telah diambil oleh kerajaan sementara Mesir dan langkah lanjutan yang boleh dilakukan sebagai kerjasama kerajaan Amerika Syarikat dan Mesir.

Sumber : Al Jazeera
#‎mesirkini‬

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: