Potrait Rasmi Prince George of Cambridge Bersama Ayahanda dan Bondanya

21 Ogos 2013, Selasa :-

Ini adalah dua keping potrait rasmi pertama pasangan HRH Duke and Duchess of Cambridge bersama putera sulung mereka HRH Prince George Alexander Louis of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Prince George of Cambridge yang dikeluarkan oleh pihak Istana Kensington semalam 20 Ogos 2013. Prince George of Cambridge diputerakan pada jam 16:24hrs 22 Ogos 2013 di Hospital St. Mary, Paddington, Westminister, London. Gambar ini telah dirakam pada awal Ogos lepas oleh ayahanda kepada Duchess of Cambridge atau Kate Middleton iaitu Michael Middleton dikediamannya di Bucklebury, Berkshire. Keadaan ini dilihat sebagai sesuatu yang aneh dimana pada kebiasaannya dikalangan kerabat diraja Britain, potrait rasmi pertama anak-anak mereka biasanya diambil oleh jurugambar professional.


Bagi pandangan peribadi Syah, mungkin ini perubahan yang hendak ditunjukkan oleh pasangan diraja ini kepada umum tetapi diharap sebarang perubahan yang dibuat dimasa hadapan tidaklah terlalu drastik dan mengabaikan protokol kerana bayi berkenaan bakal menjadi Raja dan beliau harus diasuh semenjak dari bayi lagi sebagai seorang pemimpin. Bukan bermakna bayi ini tidak boleh merasa kehidupan seperti orang biasa tetapi ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan kepada bayi ini yang bakal menjadi pewaris tahta Britain. Raja tetap Raja dan dia tidak boleh diasuh sebagai orang biasa cuma boleh diasuh merasai kehidupan orang biasa atau orang kebanyakan supaya mereka mengetahui keadaan rakyat dan menghormati mereka. Maaf jika pendapat peribadi Syah ini menyinggung perasaan orang lain.

Sumber:tengkusyah.blogspot.com
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: