PRIHATIN: Sabung nyawa seberang sungai guna titi hampir runtuh

Che Ahmad berhati-hati ketika melalui titi berkenaan.

BALING - Walaupun struktur titi yang teruk, penduduk di Kampung Cegar, Tok Kaya Pulai dekat sini terpaksa menyabung nyawa setiap hari melalui titi terbabit yang menjadi penghubung utama penduduk untuk ke pekan malah menghantar anak-anak ke sekolah.

Titi berusia lebih 30 tahun itu mula menyenget sejak beberapa minggu lalu sehingga penduduk terpaksa menutup kawasan itu walaupun ianya merupakan penghubung utama penduduk.

Penduduk. Che Ahmad Shafie, 59, berkata, keadaan itu mengakibatkan penduduk terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh untuk ke pekan bagi menyelesaikan urusan seharian.

“Dulu semua orang guna titi ini, nak ke pekan, nak hantar anak sekolah, jaraknya tidak berapa jauh. Tapi, bila dah macam ini, penduduk terpaksa guna jalan besar yang lebih jauh.

“Tapi ada yang tanggung risiko guna titi ini, sebelum ini, ada yang pelajar sekolah yang terjatuh kerana melalui titi ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, masalah titi ini sudah lama berlaku tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak bertanggungjawab.

“Aduan banyak kali buat, tetapi semua tak berhasil, sampai titi jadi macam ini. Itu pun tiada lagi tindakan,” katanya.

Bagi Hamzah Awang Besar, 68, dia amat berharap masalah titi ini mendapat perhatian sewajarnya.

Menurutnya, ibu bapa juga terpaksa guna jalan yang lebih jauh untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Terdapat lebih 10 rumah di sini, belum masuk kampung lain, jadi memang ramai yang guna titi ini, apa salahnya kalau titi ini dibaiki.

“Kalau guna titi ini, hanya beberapa minit sahaja, memang dekat, tapi bila guna jalan raya, memang jauh, kena buat pusingan,” katanya.[SH]

p/s: Mohon Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim ambil perhatian dalam masalah ni.....bantu sampai Gaza,Lubnan dan seantero dunia boleh takkan untuk bantu pengundi sendiri diabaikan.Mohon bantu segera sebelum ada nyawa yang hilang.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: