Umat Islam Di Scotland Solat Dalam Gereja?

Ketika kekecohan berlaku di Tanjung Sedili, Johor ekoran penganut Buddha menggunakan surau untuk meditasi, sebuah gereja di Scotland mengajak umat Islam untuk solat di gereja mereka.

BACA: Isu salah guna surau: Pengurus resort ditahan

Alasan digunakan adalah surau tempat mereka solat yang terletak berhampiran gereja itu terlalu sendat.

Ia berlaku di St John’s Episcopal Church dekat Aberdeen, lapor BBC melalui video mereka.

Klik untuk menonton laporan BBC ini. http://www.bbc.co.uk/news/uk-21987465

Laporan itu menunjukkan 11 penganut Islam masuk ke dalam gereja itu dengan disambut oleh petugas gereja.

Mereka kemudiannya menunaikan solat di dalam gereja itu.

Ia berlaku ketika gereja itu tidak digunakan oleh penganut Kristian.-

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: