AL-FATIHAH: Dramatis Maimon Mutalib meninggal dunia

Pelakon veteran drama dan filem Maimon Mutalib(gambar), 55, meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payu dara.

Presiden Seniman Malaysia, Rozaidi Abd. Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang ini setelah setahun mengidap penyakit itu," katanya.

Maimon yang dilaporkan mengidap kanser tahap keempat tahun lepas, meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun.

Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Aku Akan Muncul, Budak Pailang, Chantek, CUCI, Al-Hijab, Qabil Khushry Qabil Igam serta Appalam. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: