#Gambar Panas: Kekasih Baru Nabila Huda?

Sepanjang minggu lalu, memang Nabila Huda menjadi tumpuan para media dan peminat ekoran kemalangan yang melanda dirinya & turut melibatkan anak beliau Keisha — selain kenyataan bapanya yang mendedahkan pelakon ini tidak balik beraya.

Hari ini, timbul pula gossip mengatakan Nabila Huda kini sudah mempunyai kekasih baru selepas percintaan dengan DJ Nas-T beberapa bulan lalu tidak kesampaian dan jejaka ini khabarnya juga seorang DJ berasal dari Singapura.

Sumber turut memberitahu yang insiden Nabila Huda tidak pulang beraya baru baru ini adalah kerana menghabiskan masa beraya bersama keluarga teman lelaki barunya ini di Singapura dan hubungan mereka sudah berlangsung empat bulan.

Lebih menarik, pemberi maklumat tentang perkara ini mendakwa dirinya adalah kawan rapat Nabila Huda yang kini sudah menjauhkan diri dari terus bergaul dengan pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah dari yang di’kenali.

Tentang arah tuju hidup beliau, Nabila Huda sendiri pun sudah matang untuk berfikir bukan? Apa yang kami mahu tahu ketika ini adakah benar beliau sudah bertemu buah hati baru?
 Sumber:Rotikaya.Com
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: