#HOT :Dramatis Wan Nor Azlin Mohon Mahkamah Penjara Bapa

Shah Alam: Dramatis Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam supaya memberi alasan mengapa bapanya tidak boleh dipenjara berhubung pelanggaran perintah isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat, dekat Kuala Lumpur.

Pada prosiding semalam, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan kepada Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar pihaknya sudah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.

Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Husain, 76, mengesahkan menerima notis itu, namun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes berkenaan kerana baru dilantik mewakili defendan.

Bagi memastikan kes berjalan lancar, Mohamed Fouzi kemudian menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan pihak Wan Mohd Husain memfailkan afidavit pembelaan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Nor Azlin ketika ditemui media di luar mahkamah enggan melayani sebarang pertanyaan, sebaliknya hanya menyebut ‘tiada komen’.

p/s:Apa punya anak...sanggup penjarakan bapa sendiri..dia tak sedar ke dari mana hadirnya dia didunia ni..baik buruk ibubapa, anak wajib hormat dan jaga bukan cari jalan untuk susahkan mereka biarpun mereka buat kesalahan pada kita.Sebagai anak itu menjadi penderhakaan kami rasa.Apa komen anda?

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: