#HOT: Petrol RON95 dan Diesel Naik 20 Sen Untuk Ringankan Beban Rakyat Berpendapatan Rendah - PM

SESAK... Kelihatan sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kenaikan harga bahan bakar jenis RON95 sebanyak RM0.20 sen bermula 12 malam Isnin. Kenaikan ini menjadikan harga baru RON95 iaitu RM2.10 seliter. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: