#HOT :Rozita Che Wan Dirisik Hari Ini, Bertunang Esok?

KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2013: Rasa tak percaya Murai Batu apabila terdengar cerita yang baru saja menyusup masuk ke dalam telinga Murai Batu yang besar ni. Iyalah, tak kan Murai Batu tersalah dengar nama Rozita Che Wan atau Che Ta itu, idola Murai Batu yang satu ini memang sentiasa panas dan laris lagi-lagi bila nak bersuamikan Zain tak lama lagi.

Menerusi maklumat daripada informer Murai Batu yang memang selalu sahih dengan khabar-khabar yang dibawanya itu, katanya Che Ta bakal dirisik minggu ini! Biar betul u'ols?

Katanya majlis pertunangan juga akan berlangsung dalam minggu ini.

Okay, biarlah Murai Batu berterus terang pasal si ratu cantik jelita terhangat di pasaran ini.

Hari ini (Rabu) dikatakan dia bakal dirisik dan esok dia bakal mengikat tali pertunangan. Majlis pernikahan juga bakal menjelang tidak lama lagi!

Antara pembayang yang Murai Batu dapat ialah melalui Twitter jurugambar terkenal yang dikatakan bertangggungjawab memotretkan Che Ta untuk hari merisik yang dikatakan hari ini.

Macam dah sahih je ni! Siap ada rakan selebriti yang turut respon pada entri jurugambar yang sebelum ini banyak bekerja untuk Neelofa, Diana Danielle dan ramai lagi.

Amboi artis -artis sekarang memang dah tak nak publisiti ke? Atau takut terlebih publisiti nanti hari bahagia jadi caca marba

. Ooops, tetapi memang dah lama orang menanti si merpati dua sejoli ini melangkah ke pelaminan bersama. Cuma masing-masing main tarik tali sahaja, gitulah!

Bukan apa, kalau mereka berdua mengambil keputusan nak buat surprise kepada peminat ada kemungkinannya juga. Tengoklah Adam dan Fiza Elite, tiada angin tup tup menggegarkan awal minggu ini dengan cerita mereka nak kahwin esok (Khamis).

Che Ta pun bukan main sibuk nampaknya. Sekejap disana sekejap disini. Buat persiapan terakhir mungkin? Awal minggu ini pun ada orang nampak dia di lapangan terbang. Terbang kemana tak tahu lah pula. Berdating buat kali terakhir kali dengan Zain diluar Kuala Lumpur mungkin? Entahlah u'ols, tunggu Che Ta komen okay.

Kalau betul cerita ini, pasti Zain merasa lega akhirnya wanita pujaan hati bakal disunting menjadi suri dihati. Jangan makan hati ya semua, kita tunggu dan lihat sahaja. Che Ta jangan lupa Murai Batu ya.

Sumber: www.murai.com.my

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: