Top 12 #AF2013 Diumumkan Di Planet Gempak Kuantan

Penganjuran karnival Planet Gempak di Batu Kawan, Pulau Pinang sebelum ini ternyata telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat serta pelanggan Astro.

Justeru itu, kemeriahan karnival Planet Gempak akan diteruskan lagi di lokasi yang seterusnya iaitu Padang MPK 4 Kemunting, Kuantan Pahang pada 7 dan 8 September ini.

Pelbagai acara menarik bakal disediakan kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman serta keriangan dunia Astro yang sebenar termasuklah debaran AF2013 yang semakin hampir tidak lama lagi.

Para pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bakal bintang Akademi Fantasia 2013 membuat persembahan dalam Konsert Prelude AF yang akan diadakan secara langsung pada 7 September ini, jam 9 malam di Karnival Planet Gempak dan pada malam itu nanti penentuan dua belas peserta AF2013 juga akan diumumkan.

Jadi inilah masanya untuk anda bertemu dan berinteraksi bersama-sama 12 pelajar-pelajar AF2013.

Seiring dengan program-program hebat yang ditayangkan di Astro, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra bersama selebriti dengan lebih dekat lagi daripada program-program seperti Akademi Fantasia, Fear Factor Selebriti Malaysia, Masterchef Malaysia, Kilauan Emas, Raja Lawak.

Juga termasuk karakter-karakter dari filem dan animasi terkenal yang juga akan membuat penampilan khas.

Jadi datanglah beramai-ramai bersama keluarga ke Karnival Planet Gempak bertempat Padang MPK 4 Kemunting, Kuantan Pahang pada 7 dan 8 September ini, bermula jam 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.planetgempak.com.my[murai.com.my]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: