#BOLASEPAK :Pahang Layak Ke Final Piala Malaysia Bertemu Kelantan

Pemain Sarawak Mafry Balang mengasak dari belakang penyerang Pahang Azammudin pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri di Kuching, malam Sabtu. Pahang layak ke final selepas menundukkan Sarawak dengan agregat 4-2. Foto BERNAMA

KUCHING: Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri di sini, malam Sabtu.

Pada perlawanan di sini, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1.

Bobby Gonzale membuka jaringan untuk Sarawak pada minit ke-32 manakala Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi jaringan Fauzi Roslan.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 19 Oktober lepas, Pahang mengalahkan Sarawak 3-1.

Pahang akan menentang juara bertahan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 November ini. - BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: