Datuk Rahim Razali Selamat Jalani Pembedahan Otak

Pelakon Datuk Rahim Razali,(gambar) 71, selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya kira-kira pukul 8 pagi Khamis di Pusat Perubatan Sunway di sini.

Anak kepada seniman itu, Nadia Rahim, 41, berkata, pembedahan tersebut dijalankan selama sejam lebih dan bapanya kini ditempatkan di High Dependency Unit (HDU) iaitu tempat pesakit kritikal yang memerlukan pemerhatian selepas menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah, ayah telah selamat menjalani pembedahan dan ia mengambil proses selama sejam lebih. Dia kini ditempatkan di HDU.

"Bagaimanapun saya dalam perjalanan ke hospital untuk melawatnya tetapi emak ada menemani dia di sana," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada Ahad lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya dikenali sebagai subdural hemorrhage) yang perlu dibedah segera.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: