#GAMBAR :Pasangan Abby Abadi & Farhan Serta Memey Suhaiza & Norman Hakim Sambut Aidil Adha Bersama

 Rasanya ramai sedia maklum mengenai hubungan rapat antara bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dan Memey Suhaiza bukan?

Justeru itu, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, Abby dilihat telah membawa suaminya Farhan serta anak-anaknya menziarahi keluarga Memey Suhaiza & Norman Hakim dan dalam masa yang sama, mereka turut menghadiri majlis tahlil yang diadakan oleh aktres tersebut di rumahnya, Selasa lepas.

Sepanjang menghadiri majlis tahlil tersebut, Abby dan Memey telah sempat berkongsi beberapa foto menarik mereka di laman sosial masing-masing. Antara foto-foto yang dikongsikan itu,ada satu foto yang bertulis dengan caption yang berberbunyi :

Terima kasih ya Allah, terima kasih semua..untuk semua doa..maafkan saya tak dapat balas semua..tapi saya baca..really appreciate ..moga Allah membalas nya..sayang semua..semoga kasih sayang & ukhwah ini berkekalan..amin..suka juga pic ni sebab rasa mcm kahwin2..hehe..ok..selamat malam semua…

Menerusi foto tersebut, Abby dan Memey jelas kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta.

Meskipun Farhan masih lagi baru di kalangan keluarga tersebut, akan tetapi jejaka itu dilihat sudah mampu membiasakan diri serta tidak kekok apabila diminta untuk bergambar bersama.

Apa pun, untuk semua peminat yang masih belum melihat foto menarik Memey dan Abby sekeluarga sepanjang Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, jom layan foto di bawah.

Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: