#GAMBAR : Pra-Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin Dari London

Selepas mengadakan sebuah majlis merisik yang meriah dan grand di Hotel Carcosa baru-baru ini, pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang akan bernikah tidak lama lagi itu, kini terbang pula ke London untuk merakamkan gambar pre-wedding atau pra perkahwinan mereka di sana.

Amboi jauhnya Che Ta dan Zain Saidin terbang semata-mata untuk merakamkan foto-foto cinta mereka sebelum mengikat tali perkahwinan tak lama lagi. Pasti lebih menarik dan istimewa bila dapat merakamkan gambar kenangan pre-wedding di sana kan?

Perkara ini di ketahui apabila ternampak entri dan foto yang di muat naik oleh jurufoto kegemarannya iaitu annaseasky di laman sosial Instagram ketika berada di sana menjadi jurufoto rasmi pasangan itu. Katanya mereka pergi ke beberapa tempat menarik di London untuk meramkan gambar-gambar yang cantik untuk pasangan itu.

Namun, jurufoto itu hanya berkongsikan foto solo Che Ta sahaja tanpa ditemani Zain di dalam Instagram miliknya itu. Mungkin ia hanya gambar teaser pre-wedding Che Ta sebelum dia diijabkabulkan nanti. Tapi memang cantik pemandangan yang menjadi latar belakang dalam gambar yang diambil itu.

Teruja pula lihat kesemua foto pasangan ini nanti ketika berada di sana, pasti cantik dan penuh romantis.

Jom kita layan beberapa keping foto Che Ta di sana:

Sumber:sensasimalaysia.com
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: