#GOSIP :Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki?

Ini yang buat ramai ingin membuka cerita lama. Satu status Shila Amzah di akaun Twitter beliau baru baru ini mengundang persoalan sama ada benar penyanyi ini pernah di’kasari oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya dahulu.

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora (Danish) berlakon macam tu — takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri,” tulis Shila Amzah.
Shila Amzah yang dihubungi portal GUA baru baru ini mengakui yang beliau pernah menjalani situasi seperti jalan cerita filem Bencinta dimana watak Nora Danish menjadi mangsa keganasan seorang suami lakonan Farid Kamil.

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu,” jelas beliau tentang status tersebut.

Dek kerana Shila Amzah tidak pernah berkahwin, ramai peminat mula berspekulasi yang situasi yang pernah dialami penyanyi ini melibatkan kekasih lamanya yang mana perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.

Sumber:Rotikaya.com
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: