#HOT :Proton Perdana Model Terbaru Teknologi Honda Accord Sebagai Kenderaan Rasmi Kerajaan

Berikutan pengumuman awal kerajaan mahu menggantikan kenderaan rasmi Kerajaan Persekutuan iaitu Proton Perdana dan Proton Inspira kepada kereta Honda Accord,Malaysiakini telah melaporkan bahawa kerajaan telah memilih Proton Perdana Model Terbaru berteknologi Honda bagi menggantikan Honda Accord (mungkin model generasi ke-8) seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Ini bermakna kerajaan bersetuju menggunakan kembali kenderaan rasmi hasil buatan tempatan tetapi bentuk Proton Perdana terbaru menyerupai Honda Accord.

Video klip KiniTV di bawah menunjukkan Timbalan Menteri MITI yang juga Ahli Parlimen Ledang Datuk Hamim Samuri mendedahkan di Parlimen bahawa Proton telah membangunkan penggantian Proton Perdana model lama dengan kerjasama teknikal Honda, dan menyatakan bahawa kerajaan akan menggunakan kenderaan tersebut sebagai kereta rasmi.



Credit:paultan.org

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: