#HOT :Tasha Shilla Nafi Bedah Hidung, Payudara

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla (gambar) menafikan dia melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudara.

Tasha, 26, berkata, dia bersyukur dengan anggota tubuh semulajadi yang di kurniakan tuhan kepadanya.

"Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

"Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan semata-mata," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang melaporkan pelakon ini melakukan pembedahan plastik terhadap hidung dan payudara di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, Tasha mengakui ada Melancong ke Bali bersama rakan artis lain termasuk Sharifah Sakinah.

"Saya ke Bali bukan kerana buat pembedahan sebaliknya pergi bercuti bersama rakan-rakan lain.

"Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya," ujarnya.

Tambahnya, dia hanya menganggap perkara tersebut hanya isu kecil yang tidak perlu diperjelaskan.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: