#Piala Malaysia: Kelantan Mara Ke Final

Pemain Kelantan, Mohd Norfarhan (dua dari kiri) cuba melepaskan diri daripada kekangan pemain Angkatan Tentera Malaysia Hairuddin Omar (dua dari kanan) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada Jumaat. -Foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

KOTA BARU: Pasukan Kelantan mara ke final Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara agregat 4-3 pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu.

Bagaimanapun kejayaan anak buah Bojan Hodak ke pentas akhir ini bukanlah mudah selepas terikat 2-0 pada aksi separuh masa pertama selepas ayam tambatan ATM, Marlon Alex James menyumbat dua gol pada minit ke-17dan 34.ATM tampil dengan percaturan lebih teratur berbanding pada perlawanan pertama di Selayang minggu lalu (tewas 1-2) menguasai permainan serta banyak melakukan serangan berbahaya ke pintu gol Khairul Fahmi Che Mat.

Namun skuad Kelantan yang kelihatan sedikit perlahan selepas ketinggalan bangkit pada babak kedua, cuba memecah benteng pertahanan anak buah B.Sathianathan sebelum Fakri Shaarani berjaya menyamakan kedudukan agregat 3-3 pada minit ke-82.

Kapten tuan rumah, Badri Radzi menambah satu lagi gol, empat minit selepas itu sekaligus memusnahkan harapan ATM untuk mara ke final.

Sementara itu, Sathia ternyata kecewa dengan keputusan pengadil ketika permainan berlangsung.

"Memang perancangan permainan sangat bagus, cuma kita tidak bernasib baik. Dan pengadil tidak konsisten pada awal permainan. Nampak jelas sekali hantaran lawan tinggi, kita letakkan pemain tinggi dan Farhan cuba sambar bola, itu dikira salah. Saya tidak tahu mengapa pengadil tidak nampak.

"Bagaimanapun kita akan kembali tahun dengan dengan lebih kuat dan saya percaya pegawai-pegawai ATM akan membuat sesuatu untuk mantapkan pasukan.

"Saya ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan," jelasnya selepas perlawanan.

Kelantan akan bertemu sama ada pasukan Sarawak ataupun Pahang pada aksi akhir nanti yang mana kedua-kedua pasukan tersebut akan beraksi di saingan separuh akhir kedua pada Sabtu.

Penjaring:

Kelantan - Fakri Shaarani (m-82), Badri Radzi (m-85)

ATM - Marlon Alex James (m-17,34)

*Kelantan mara ke final dengan agregat 4-3.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: