#TAHNIAH :3 Perompak Mati Ditembak Polis Selepas Merompak Wanita

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.

Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut telah memerhatikan wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta, mengepung kereta wanita itu.

“ Sejenak kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu, memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI.

Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan tersebut telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah satu kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.

“Mereka kemudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta.

Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka – Mynewshub.my




Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: