#TAHNIAH :Ramli Sarip, Rosyam Nor terima pingat Datuk

AYER KEROH: Papa Rock, Ramli Sarip dan aktor, Rosyam Nor akan menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75, esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar ketika mengumumkannya hari ini, berkata kedua-dua artis itu akan menerima darjah kebesaran negeri terbabit pada sesi kedua penganugerahan pingat, Ahad ini.

"Kerajaan negeri menghargai sumbangan mereka dalam dunia hiburan, khususnya di Melaka," katanya.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: