#Al-Fatihah - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Mati Di Tembak

Jenazah Raflie Abdul Malik dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Indera Mahkota Dua dekat sini, hari ini. - Foto Bernama

KUANTAN - Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: