#HEBAT - Julia Perez Bantu Polis Tangkap Perompak Menerusi Twitter

PELAKON kontroversi Indonesia Julia Perez (gambar) telah membantu pihak polis untuk menangkap beberapa penjenayah yang dipercayai melakukan rompakan di sebuah premis di Jakarta pada Rabu lalu.

Portal Kapan Lagi melaporkan Julia atau lebih mesra dengan sapaan Jupe, ketika kejadian dia sedang memandu sendirian dan kebetulan terlihat perompak cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan lalu melaporkan kejadian menerusi Twitter rasmi pihak polis Indonesia.

Jupe yang ketakutan tidak berani untuk turun daripada kenderaannya kerana perompak berkenaan membawa senjata tajam.

Selain memaklumkan lokasi kejadian, Jupe juga turut memberitahu pihak polis perompak berkenaan telah masuk ke sebuah kawasan semak selepas dia mengekori kenderaan mereka.

Pihak polis yang tangkas bertindak dengan laporan yang dibuat Jupe menerusi Twitter terus mengambil tindakan dan memberitahu telah berjaya menangkap penjenayah berkenaan atas maklumat wanita itu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: