#HOT :Hadiah Kereta Mini Cooper,Apa Kata Ibu Pelajar

(Gambar Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila bersama hadiah kereta Mini Cooper)

BACA :#HEBAT - Pelajar Cemerlang UPSR Terima Hadiah Mini Cooper RM200K Dari Ayah

Kota Bharu: “Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik di Facebook saya untuk kenangan keluarga dan tiada niat menunjuk-nunjuk.
“Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” kata Nor Aishah Mahmud, 31, ibu kepada Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, 12, yang gambarnya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menerima hadiah kereta mewah Mini Cooper S daripada ayahnya tersebar di laman sosial Facebook dan blog sejak kelmarin.
Menurut Nor Aishah, kereta mewah itu hadiah untuk kejayaan anaknya daripada suaminya Zukila Deraman, 36, yang juga peniaga ayam dan tidak bermaksud untuk mempamerkan kemewahan.

Katanya, dia tidak sangka gambar dimuat naik di Facebook itu menjadi perhatian.

Sementara itu, Siti Nur Fatini yang juga calon cemerlang UPSR dari Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, dekat sini, berkata, pada awal tahun ini dia pernah memaklumkan kepada ayahnya yang dia meminati kereta itu, tetapi ayahnya hanya berdiam sahaja.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: