#HOT :Peguam Negara Disaman RM128.5juta Oleh Bekas Pegawai Tinggi PDRM

- Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff hari ini menamakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan 12 yang lain dalam saman berjumlah RM128.5 juta.

Saman dikemukakan kerana mendakwa dirinya sebelum ini disabitkan dengan pendakwaan yang berniat jahat.

Enam tahun lalu, Ramli diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

Ramli, 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.

Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan kerajaan.
Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.

Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: