#JPA :SENARAI 27 PEKELILING PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN 81 SKIM PERKHIDMATAN

Akhirnya, senarai pekeliling yang sahih dari JPA telah dikeluarkan. Sebanyak 27 pekeliling perkhidmatan telah dikeluarkan bagi penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas.

Kebanyakkan skim perkhidmatan yang diupgrade akan menikmati kenaikan gred jawatan dan boleh bantu kenaikan gaji! Anda boleh menyemak samada anda termasuk dalam golongan yang bertuah ini di {SINI}.


Antara skim perkhidmatan yang menikmati penambahbaikan tersebut adalah :
Perkhidmatan Pensyarah Farmasi
Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam
Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik
Perkhidmatan Guru Bahasa

Selebihnya, anda boleh semak sendiri ye.

Difahamkan, pekeliling-pekeliling tersebut berkuatkuasa pada bulan November 2013. Kemungkinan besar, mereka yang terlibat akan terima gred jawatan baru dan gaji baru pada bulan Disember 2013.

Sehubungan itu, blog CUEPACS {SINI} telah dibanjiri oleh komen-komen dari penjawat awam lain yang rata-rata mereka tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan kerajaan berhubung perkara tersebut.

sumber : jpa

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: