#TAHNIAH - Fizo Omar Sah Bergelar Suami Mawar Dengan Sekali Lafaz

Fizo Omar dan Mawar selamat diijabkabulkan

KAJANG: Pelakon Fizo Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad.

Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri.

Pada majlis tersebut, Mawar, 24, turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, dan Mawar terdahulu mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: