#Eksklusif - Isu Sabasun-MBKT SELESAI ! Alhamdulillah ....

ALHAMDULILLAH .... TERKINI dalam isu Sabasun VS MBKT. Setelah berjumpa dan berbincang, kedua belah pihak telah bersetuju untuk bersama2 menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Dengarkan penjelasan dari Che Salmi, salah seorang pemilik perniagaan Sabasun yang saya rakam sebentar tadi ( transkrip saya sediakan dibawah )



Pertemuan kami dengan Datuk Bandar ( Kuala Terengganu ) pada pukul 3:30 petang ini Isnin 9 Disember 2013, telah membuahkan satu hasil yang POSITIF ke arah menyelesaikan isu antara pihak MBKT dan Sabasun.

Pihak Sabasun ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan TerimaKasih kepada Datuk Bandar di atas kesudian beliau untuk mengendalikan satu perjumpaan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ini.

Datuk Bandar telah membuka laluan untuk mempermudahkan urusan bagi mendapatkan CF dengan syarat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu. Walaupun kami masih didalam proses untuk memenuhi beberapa syarat lagi yang ditetapkan oleh MBKT, pihak kami amat berbesar hati di atas kesudian Datuk Adzlan untuk mempertimbangkan satu Permit Sementara supaya pihak kami dapat berniaga seperti biasa.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang

Apa yang penting pihak MBKT masih lagi membuka ruang dan pintu rundingan buat kami dan kami akan beri kerjasama penuh.

Dan saya percaya tindakan oleh MBKT ini membuktikan bahawa pihak MBKT sentiasa perihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh usahawan Melayu di Kuala Terengganu.

Dalam soal Sabasun2, Datuk Adzlan mengatakan bahawa ianya diluar bidang kuasa MBKT kerana melibatkan soal pengambilan tanah dan itu dibawah kerajaan negeri iaitu dibawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu ( UPEN ).


Sabasun2

Disini saya ingin membuat rayuan kepada pihak UPEN agar dapat mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh Sabasun2. Secara ringkasnya, pihak UPEN ada mengatakan bahawa tanah milik kami di Sabasun2 akan diambil oleh kerajaan bagi tujuan membina Bandar Baru Perkasa Alam yang merupakan pusat perniagaan yang mengandungi aktiviti peruncitan sebagai fokus utamanya.

Sabasun sendiri adalah satu entiti peruncit yang dibawahnya terdapat lebih daripada 1500 pengusaha IKS dan EKS yang membekalkan barangan kepada Sabasun untuk dijual kepada pengguna akhir. Selain dari itu, kami juga telah merancang untuk membina satu kompleks perniagaan bagi menyediakan ruang niaga untuk IKS dan EKS dengan kadar sewa atau pemilikan yang murah.

Dengan kadar sewa yang murah ini, kami harap pihak IKS akan sentiasa berada dalam keadaan berdayamaju dan bersaing.

Adalah menjadi harapan kami agar pihak UPEN dapat mempertimbangkan untuk menjadikan apa yang telah kita bina dan apa yang kita rancang untuk bina supaya dapat dimasukkan ke dalam Pelan Perancangan Pembangunan UPEN di kawasan ini. Semuanya itu adalah bertujuan untuk memajukan usahawan tempatan juga, sesuai dengan apa yang diucapkan oleh PM dan TPM dalam isu memajukan usahawan Bumiputera...

Alhamdulillah .... akhirnya selesai juga masalah antara pihak Sabasun dan MBKT. Sememangnya niat saya membangkitkan isu ini bulan lepas adalah untuk menarik perhatian pihak MBKT supaya dapat diselesaikan perkara ini. BUKAN untuk menyalahkan sesiapa.

Apa yang penting - kita sesama Melayu bersama-sama membangunkan ekonomi orang Melayu dengan masing2 memainkan peranan dan tanggungjawab .... membantu yang memerlukan dan mempermudahkan yang sulit.

Kita mahu situasi MENANG-MENANG di mana kedua pihak saling bekerjasama dan tidak ada siapa yang kalah.

TAHNIAH dan TERIMAKASIH saya ucapkan kepada Datuk Adzlan diatas keperihatinan beliau dalam menyelesaikan masalah usahawan tempatan.

Sumber Asal - Blog Din Turtle

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: