#HOT :Benarkah Kerajaan Kurangkan Subsidi Demi Rakyat???

KUALA LUMPUR - Langkah-langkah ekonomi kerajaan, termasuk mengawal perbelanjaan awam, menaikkan kadar dan mengurangkan subsidi, adalah penting bagi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang serta untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh.

Langkah-langkah ini, meskipun dianggap 'tidak popular' oleh beberapa pihak, adalah perlu untuk mengekalkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, di samping meneruskan pertumbuhan kukuh pekerjaan dan pendapatan dalam empat tahun kebelakangan ini, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

“Institusi-institusi, pelabur dan agensi antarabangsa menyokong pendekatan bertanggungjawab ini. Berbeza dengan pihak pembangkang, yang menjanjikan segalanya kepada semua orang, kerajaan mengambil keputusan sukar, yang diperlukan untuk melindungi ekonomi,” kata jurucakap itu.

Sesetengah langkah itu mungkin tidak popular sekarang, tetapi dalam jangka sederhana, apa yang baik bagi ekonomi adalah juga baik bagi rakyat.

Agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s dan Standard & Poor’s menyemak naik penarafan Malaysia berikutan prospek yang lebih baik hasil dari langkah-langkah fiskal dan reformasi oleh kerajaan. - Bernama

p/s : Apa pendapat anda berkenaan artikel ni?

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: