#INFO AUTO: Honda Civic EJ6

GENERASI pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1.2L 8 injap sebelum menggunakan teknolgi CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) yang mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat. menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut.

Model generasi pertama boleh didapati dalam variasi transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.

Pengeluaran model Honda Civic generasi ke enam bermula pada tahun 1996 hingga tahun 2000 yang dikenali sebagai EK dan EJ. Bezanya antara keduanya ialah EJ dikeluarkan dengan spesifikasi yang rendah, manakala EK mendapat enjin berteknologi Vtec.

Honda Civic EJ6 milik saudara Fahmi diubahsuai untuk mendapatkan kuasa yang lebih bertenaga dengan menukarkan enjin asal kepada B20B ke dalam perut jenteranya.

Bahagian enjin adalah perkara utama yang mendapat sentuhan bagi mendapatkan tork kuasa yang lebih berkesan. Kepala silinder telah menjalani proses port n polish bagi melancarkan lagi perjalanan udara keluar dan masuk. Tambahan kuasa diperoleh dengan penggunaan aci sesondol Type R. Kesemua piston asalnya digantikan dengan piston Wiseco bersaiz 84.5mm yang di padankan bersama conrod Eagle.

Bagi menstabilkan pergerakan penjanaan enjin jentera ini, ianya dipasang lengkap dengan enjin mounting yang keluaran Inovative.
Kemasan kusyen Recaro DC2 merah tampak garang.

Perjalanan enjin tidak akan menjadi lancar jika sistem penyaluran bahan api nya tidak dikawal, fuel regulator Tomei digunakan untuk mengawal perjalanan bahan api. Kabel plug NGK RO-9 digunakan bagi memantapkan lagi sistem aliran elektrik bagi jentera ini. Hasil pembakaran di dalam kebuknya pula di salurkan terus menerusi sistem paip stainless steel berdiameter 2.5 inci melalui peredam bunyi Buddy Club Spec II.

Untuk melancarkan sistem pacuan kenderaan ini, kotak gearnya dipasangkan dengan sistem klac dua kaki. Jika pemiliknya menekan pedal minyak, bunyi loceng si penjual aiskrim akan terhasil. Sistem penyejukan enjin jentera ini juga telah dikawal oleh radiator aloi yang telah diubahsuai sepenuhnya agar dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Sistem keseluruhan enjin ini telah dikawal sepenuhnya oleh kotak komputer prestasi dari Hondata S300.

Bahagian dalaman pula diubahsuai sepenuhnya kepada salinan lengkap EK9. Paling menarik perhatian adalah kerusi bucket Recaro DC2 merah tersedia untuk diduduki.

Kestabilan dan keselesaan semasa jentera ini di pandu juga dititikberatkan oleh pemiliknya. Oleh itu, sistem penyerap hentak boleh laras HWL HLSH dipasangkan di segenap penjuru jentera ini.

Bagi daya hentian efektif, jentera ini mendapat khidmat cakera Project U di hadapan dan belakang dengan kaliper brek Spoon. Fahmi mengenakan rim sport Volk Racing CE28N 15 inci berserta tayar Federal RS-R. Bonet hadapan, spoiler belakang serta cermin sisi jentera ini ditukar kepada gentian karbon (CF). Setakat ini, Fahmi berpuas hati dengan hasil pengubahsuaian yang telah dilakukan terhadap jenteranya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: