#MEWAH - Naza Italia sasar jual 92 unit Maserati menjelang 2014

Wan Ahmad (kanan) dan Marino (kiri) ketika pelancaran Maserati Quattroporte di Kuala Lumpur.

NAZA Italia Sdn Bhd (Naza Italia), menyasarkan untuk menjual 92 unit bagi kesemua model Maserati menjelang akhir 2014. Pengurus Besar Naza Italia Wan Ahmad Wan Abbas berkata, setakat ini Naza Italia telah menjual 40 unit Maserati sepanjang tahun ini.

"Jumlah jualan itu menyaksikan peningkatan berbanding tahun lalu dan berharap untuk melihat lebih banyak lagi model Maserati di jalan raya dalam negara, bagi segmen kenderaan mewah.

"Bagi merancakkan lagi jualan model Maserati, kami akan menganjurkan pameran bergerak di beberapa kawasan baharu dalam negara yang dilihat berpotensi dan mendapat permintaan tinggi seperti Pulau Pinang yang juga merupakan pasaran kedua terpenting bagi mempromosikan Maserati,” katanya ketika pelancaran Maserati Quattroporte, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, walaupun pasaran bagi segmen kenderaan mewah di Malaysia adalah kecil, Naza Italia tetap komited untuk terus mencapai penguasaan pasaran lebih besar pada masa akan datang.

Mengulas berhubung sasaran jualan bagi model Maserati Quattroporte yang dilancarkan itu, Naza Italia dijangka menyumbangkan 25 peratus daripada 92 unit model kereta Maserati yang akan dijual tahun depan.

Maserati Quattroporte boleh didapati dalam pasaran tempatan dalam dua varian GTS 3.8 dengan enjin berkembar dan S 3.0 V6 bersama enjin berkembar bermula tahun depan dengan harga pengenalan RM898,800 dan RM 1,138,800.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu, Naib Presiden Kanan, Bahagian Korporat dan Strategik Pelaburan Kumpulan NAZA, Datuk Maruan Mohd Said dan Pengarah Serantau Maserati Asia Pasifik, Gaetano Marino.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: