#PRIHATIN: Ibu Tunggal Rayu Kerajaan Bantu Baiki Rumah Usang

Che Lian Yahya bersama anaknya, Siti Radhiah Ahmad dan cucunya, Mohd Shahrul Nizam terpaksa tinggal di rumah yang buruk selepas gagal mendapat sebarang bantuan bagi membinanya semula.

JERLUN - Seorang ibu tunggal merayu kepada pemimpin di sini supaya dapat memberi bantuan selepas rumahnya dikatakan semakin reput hanya menunggu masa runtuh.

Che Lian Yahya, 65, dari Kampung Pida 14 Lama, Mukim Sanglang, Kubang Pasu berkata, dia sudah beberapa kali memohon bantuan perumahan sejak suaminya, Ahmad Yakob masih hidup tetapi sehingga sekarang masih belum ada jawapan.

Menurutnya, dia kini yang tinggal bersama seorang anak yang menghadapi sindrom down dan seorang cucu terpaksa berteduh di rumah usang itu walaupun semakin reput kerana kayunya sudah dimakan anai-anai.

Katanya, rumah yang sudah berusia hampir 30 tahun itu akan bergoyang setiap kali angin kuat dan atap juga bocor.

“Pernah beberapa kali ketika angin ribut pada waktu malam kami terpaksa lari meninggalkan rumah, kerana bumbung tercabut menyebabkan tidak berani lagi berteduh di rumah ini dan melarikan diri ke rumah emak saya yang berhampiran,” katanya yang bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat RM150 setiap bulan.

Che Lian berkata, dia merayu kepada pihak yang berkenaan supaya dapat membantu bagi membina semula rumah yang semakin reput.[SH]

p/s:Teringatlak lagu WARISAN...anak kecil main api.....Melayukan gagah di nusantara......woiii hebat ...lu pikirla sendiri (MB Kedah tengok2 sikit la makcik ni no)

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: