#Tragedi Highland Towers: Adakah kita masih alpa selepas dua dekad berlalu?

Highland Towers

Tragis, pilu dan seram. Itu yang jelas terbayang di fikiran sesiapa sahaja apabila mengenang kembali tragedi Highland Towers. Menyingkap sejarah hitam terburuk melanda negara pada 11 Disember 1993, bangunan setinggi 12 tingkat yang dahulunya tersergam indah di Taman Hillview, Hulu Kelang tumbang sekelip mata sekali gus meragut 48 nyawa berada di dalamnya.

Kejadian itu mengejutkan banyak pihak apabila bangunan berkenaan hanya runtuh selepas 15 tahun ia siap dibina. Kini, Highland Towers hanya tinggal nama selain dua blok yang masih berdiri sepi tanpa penghuni.

Hari ini, genap 20 tahun tragedi ngeri itu berlaku.

Persoalannya, adakah kejadian ini benar-benar membuka mata semua pihak atau sekadar dibiar tertulis sebagai sejarah pertama dalam pembinaan negara dan mungkin sejarah dunia

Apakah selepas tragedi itu, semua pihak benar-benar mengambil pengajaran daripadanya atau masih menutup sebelah mata bagi memberi laluan pembangunan kediaman dan komersial menghiasi cerun-cerun yang memberi pemandangan indah kepada penghuninya.

Di kala kesedihan terus menyelubungi keluarga dan waris mangsa yang masih tinggal, sedarkah kita sebenarnya pembangunan di kawasan lereng bukit dan cerun masih rancak dijalankan di kawasan sekeliling?

Apa yang pasti, tragedi 20 tahun lalu bagaikan satu peringatan daripada ALLAH bahawa bukit dan gunung adalah pasak bumi dan tidak boleh dimusnahkan sesuka hati.

Tidak banyak diharapkan namun mesej kepada insiden menyayat hati yang pernah berlaku ini memberi petunjuk bahawa projek-projek sedemikian harus ‘dibekukan’ terus supaya tragedi buruk tidak berulang.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: