#Video pertemuan Siti Aishah dan kakaknya Kamarmahtum

KUALA LUMPUR: Isi pertemuan 40 minit dua beradik yang terpisah sejak hampir 40 tahun lalu, Kamarmahtum Abdul Wahab dan adiknya, Siti Aishah Abdul Wahab didedahkan menerusi satu temubual khas bersama The Telegraph.

Video berdurasi 4 minit 47 saat itu memaparkan Kamarmahtum berkongsi rentetan pertemuan mereka serta perasaannya ketika dan selepas pertemuan terbabit.

Kamarmahtum merasa marah, sedih dan kecewa dengan Siti Aishah yang menghilangkan diri tanpa khabar berita di London selama lebih 30 tahun. Menurutnya, Siti Aishah kelihatan tidak senang apabila melabelkan Kamarmahtum sebagai ‘meleteri’ adiknya itu.

Klik sini lihat video interview beliau dengan Siti Aishah


Beliau turut memberitahu bahawa pertemuan tersebut dirasakannya mungkin adalah peluang terakhir untuk bertemu kerana dia tidak lagi akan berpeluang untuk ke United Kingdom bertemu Siti Aishah kecuali adiknya itu pulang ke Malaysia.

“Apa yang penting untuk Siti Aishah adalah dia menghabiskan apa yang dilakukan, yang mana saya tidak tahu apakah ia kerana dia begitu perahsia,” ujar Kamarmahtum.

Bekas guru itu turut meminta Siti Aishah untuk menulis sesuatu bagi membuktikan pertemuan mereka kerana mereka tidak dibenarkan untuk mempunyai bukti gambar.

Di atas permintaan itu, Siti Aishah menulis bahawa dia gembira dapat bertemu kakaknya serta dia mungkin akan kembali suatu hari nanti dan merindui semua di kampung. Siti Aishah turut berkata “jumpa nanti dalam masa terdekat” di mana Kamarmahtum merasakan ianya sebagai sesuatu yang positif.

“Siti Aishah kelihatan begitu rapat dengan mereka,” ujar Kamarmahtum apabila polis yang mengawal Siti Aishah menghalang beliau daripada mengekori Siti Aishah.

“Saya ada kawan beragama, saya ada secukupnya dan kawan-kawan saya memberi saya makan,” kata Siti Aishah ketika Kamarmahtum bertanya tentang agama dan keperluan adiknya itu.

Menurut Kamarmahtum, ekoran dari pernyataan tersebut, beliau merasakan seolah-olah Siti Aishah cuba untuk memberitahu bahawa dia mampu hidup tanpa keluarganya seperti mana yang telah dilakukan sepanjang lebih 30 tahun tanpa mereka.

Kamarmahtum turut merasakan bahawa dia tidak penting untuk adiknya.

Kamarmahtum dijangka tiba di Malaysia Ahad pagi, bersama anak saudaranya yang juga merupakan Editor Majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin.

Sumber - malaysianreview.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: