#Bolasepak Piala FA Inggeris: Swansea Singkirkan Manchester United

Pemain Manchester United, Tom Cleverley (tengah) kecewa selepas menyaksikan Bony menjaringkan gol kemenangan untuk Swansea.

LONDON: Swansea mencatatkan kemenangan pertama di Old Trafford dengan menyingkirkan Manchester United daripada saingan Piala FA Inggeris selepas menewaskan pasukan itu 2-1, awal pagi Isnin.

Wayne Routledge membuka jaringan awal untuk Swansea pada minit ke-13 sebelum Javier Hernandez menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Pada babak kedua menyaksikan pemain gantian United, Fabio yang menggantikan Ferdinand dilayangkan kad merah sekali gus memberi tamparan hebat kepada pasukan tuan rumah.

United terus dirundung malang apabila Wilfried Bony menjaringkan gol kemenangan dramatik untuk Swansea pada minit terakhir.

United yang ketinggalan 11 mata daripada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan tumpas enam perlawanan, tersingkir pada saingan itu.

Kekalahan itu sekali gus memberi tekanan dan menambah masalah kepada pengurus, David Moyes.

Malah, senarai pemain United yang mengalami kecederaan turut bertambah apabila Rio Ferdinand terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut.

Senarai Pemain:

Manchester United: Lindegaard; Smalling, Evans, Ferdinand, B├╝ttner; Valencia, Fletcher, Cleverley, Kagawa; Welbeck, Hernandez. Pemain gantian: : De Gea, Fabio, Anderson, Carrick, Giggs, Zaha, Januzaj.

Swansea: Tremmel; Tiendalli, Amat, Chico Flores, Taylor; Britton, de Guzman, Shelvey, Pozuelo, Routledge; Bony. Pemain gantian: Cornell, Davies, Williams, Rangel, Canas, Donnelly, Vazquez.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: