#INFO AUTO: Toyota Corolla Altis bakal dilancarkan pada 20 Januari ini

Selepas mendedahkan harganya semalam, UMW Toyota Motor sudah pun bersedia untuk melancarkan Toyota Corolla Altis pada 20 Januari ini.


Dan hari ini ‘abang kedua’ Infokereta.com iaitu laman sesawang klassifed oto.my memaparkan pula beberapa keping foto Altis ini yang mula dipromosi secara besar-besaran.

 Foto menunjukkan varian tertinggi 2.0 V berwarna kelabu gelap. Terserlah gaya sporty dengan rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar Michelin 215/45.

 Manakala foto yang memaparkan Altis diangkut menggunakan trailer pula daripada varian lain yang menggunakan tayar bersaiz 16 inci.


Altis telah diumumkan berharga RM114k untuk varian 1.8 E, RM123 (2.0 G) dan varian tertinggi pula 2.0 V RM136k. Dan varian 2.0 V turut ditawarkan pakej tambahan keselamatan yang berharga RM3,900.

 Maklumat lanjut mengenai Altis pernah dipaparkan sebelum ini. KLIK sini.
Sumber:Infokereta.Com
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: