#KECOH: Murid tersepit pada kerusi di sekolah jadi parodi

Gara-gara kejadian murid tersepit kepala pada kerusi baru-baru ini ‘kejadian’ tersebut seolah-olah telah mencetuskan satu ‘fenomena’ baru di laman sosial sehingga dijadikan parodi.
Foto Ihsan Facebook ERA FM & ERA TV

Carian Sinar Harian Online di laman sosial Facebook dan blog mendapati ‘fenomena’ tersepit pada kerusi ini turut 'berlaku' kepada artis, tentera dan tidak ketinggalan haiwan.
Foto Ihsan Oh Media

Yang paling menarik perhatian sudah tentulah, gambar seekor lembu yang turut terkena tempias fenomena ini. Entah bagaimana sebuah kerusi boleh terlekat pada kepala seekor lembu. Adakah gambar berkenaan asli atau telah dikenakan teknik photoshop, namun ia benar-benar mencuit hati.

Semalam Sinar Harian Online melaporkan permulaan murid untuk memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2014 terselit dengan adegan ‘mencuit hati’ dan tak kurang juga yang mencemaskan.

Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: