#Polis kesan penyebar gambar kematian kanak-kanak di laman sosial

KUALA TERENGGANU - Polis sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan di laman sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan separuh bogel berusia dua tahun yang mati dibunuh.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Dungun pada petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan (gambar)berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana pihak terbabit sewenang-wenangnya menyebarkan gambar tersebut tanpa memikirkan sensitiviti keluarga mangsa.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan di bawah Akta Kanak-kanak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baru itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.

Curiga dengan bau itu, pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air.

Dalam pada itu, Manoharan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian kanak-kanak terbabit. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: