#SENSASI: PDRM syor daun ketum masuk Akta Dadah Berbahaya

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya daun ketum dimasukkan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membolehkan hukuman berat seperti penyalahgunaan dadah dikenakan kepada pemilik, pengedar dan pengguna.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, langkah itu perlu kerana daun ketum iaitu sejenis tumbuhan yang boleh mengkhayalkan seperti dadah, kini mula diseludup ke Thailand dan Singapura.

"Daun ketum hanya tumbuh liar di Malaysia. Kita tidak mahu Malaysia menjadi hab dadah untuk ketum," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: