#GEMPAR~Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di perairan Tanjung Kupang

NUSAJAYA: Beberapa nelayan dan penternak ikan sangkar terjejas pendapatan mereka apabila ribuan bangkai ikan ditemui terapung di sekitar kawasan perairan Tanjung Kupang di Selat Johor.

Memetik laporan The Star, kematian ikan tersebut mula dikesan sekitar empat hari lalu dan ianya dipercayai berpunca daripada oleh kerja-kerja penambakan tanah di kawasan tersebut.

Dianggarkan hampir 10 sangkar ikan dan 250 nelayan telah menjadi mangsa dalam kejadian ini.

Sorang penternak ikan sangkar, Lee Boon Hock, 30, kerugian lebih dari RM150,000 dalam tiga hari akibat kejadian tersebut apabila lebih 90 peratus ikan ternakannya itu mati.

Menurutnya, dia mendapati air laut telah tercemar apabila permukaan air tersebut telah mula bertukar keperang-perangan berikutan kerja-kerja penambakan tanah yang bermula sebulan yang lalu.

“Ini adalah pertama kali berlaku dan kami hanya mampu menyelamatkan beberapa ekor ikan yang masih selamat dari kejadian itu.

Walau bagaimana pun, ikan-ikan tersebut terpaksa diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan ianya selamat untuk dimakan,” katanya ketika ditemui di kawasan penternakan ikan di Kampung Pendas Laut berhampiran Jambatan Link Kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.[astroawani]



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: