#INFO~Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dibuka 2 Mac 2014

Nibong Tebal: Jambatan kedua Pulau Pinang dijadualkan dibuka kepada orang ramai mulai 2 Mac ini selepas dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1 Mac.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk, Zainal Abidin Osman berkata, perdana menteri juga dijangka mengumumkan kadar tol untuk jambatan berkenaan.
"Bagaimanapun tarikh sebenar jambatan itu akan mula dibuka kepada orang ramai turut bergantung kepada keputusan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

“Kami jugak sudah mengatur pelbagai program termasuk pertunjukan bunga api pada majlis perasmian itu," katanya.

Zainal Abidin berkata, perasmian jambatan kedua Pulau Pinang dianggap sebagai satu majlis bersejarah selepas jambatan pertama menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar dirasmikan pada 1985.

Pihaknya menjangkakan lebih 10,000 rakyat Pulau Pinang akan hadir untuk menyaksikan perasmian oleh perdana menteri itu.[myMetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: