#KECOH~Penerima wang bantuan banjir kecewa terima sampul kosong

KUANTAN - Seorang penerima wang bantuan banjir kecewa apabila salah satu sampul wang yang diterimanya dalam majlis penyerahan di Dewan Sukpa, kelmarin didakwa kosong.

Abdul Shukor Azid@Aziz,(gambar) 49 dari Taman Beserah di sini berkata, akibat masalah itu dia gagal mendapatkan RM250 bantuan daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, dia tidak menyalahkan sesiapa dalam hal itu bagaimanapun sedikit terkilan kerana aduannya kepada pegawai yang bertugas semasa majlis penyerahan tiada kata putus.

“Saya ada bertemu pegawai termasuk dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan perkara ini namun aduan saya seolah-olah dipandang lewa.

“Saya sendiri tidak pasti saluran untuk mengadu bagi mendapatkan kembali wang itu sehingga ada pihak meminta saya membuat laporan polis bagi memudahkan rujukan pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan balai Polis Kuantan di sini, kelmarin.

Abdul Syukor yang bekerja sendiri berkata, ada juga rakan-rakannya mendakwa menerima jumlah wang tidak mencukupi dan perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

“Saya minta pihak berkenaan mengambil perhatian perkara ini dengan sewajarnya supaya wang itu dapat diserahkan kepada penerimanya secepat mungkin.

“Perkara ini akan dirujuk kepada MKN Pahang Isnin ini (esok) untuk tindakan dan kami harap wang RM250 itu dapat dikembalikan,” katanya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: