#SENSASI~Double Stemcell:Umie Aida Tampil Beri Penjelasan Dan Bakal Saman Pembuat Fitnah


Pendedahan penipuan produk Double Stemcell - Phytoscience menjadi viral di media sosial beberapa hari lepas. Ianya hasil pendedahan dari wartawan TV3 yang juga blogger nyaris menjadi mangsa penipuan bisnes berkonsepkan MLM ini.

Dari masalah status logo halal, hinggalah ke status logo SIRIM dan 'lesen' pelepasan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dirungkai dan didedahkan oleh Mazidul tanpa ada sebarang penjelasan dari pengeluar produk terbabit.

Sikap lepas tangan pengeluar produk Double Stemcell ini memaksa 'bala tenteranya' yang taksub dengan perniagaan berkonsepkan MLM ini tampil memberikan penjelasan tanpa sebarang fakta dan bukti yang kukuh. Mereka juga menyelar tindakan Mazidul dilihat seperti cuba menjatuhkan bisnes 'bumiputera' dan dia dibayar oleh pihak tertentu untuk berbuat demikian.

Mahu tidak mahu, akhirnya orang 'nombor dua' Double Stemcell terpaksa tampail memberi penjelasan dan penafian mengenai dakwaan Mazidul itu, iaitu Umie Aida.

Datin Paduka Umie Aida tampil memberikan respon melalui akaun Instagramnya. Beliau mengajak para pengguna dan pengedar agar mengabaikan artikel yang dianggap sebagai "gosip" itu. Datin Paduka Umi juga mengatakan pihak PhytoScience akan mengambil tindakan secepat mungkin.

Baca penjelasan 'lemah' Umie Aida di bawah:


"Come on my family phytosciene .. be strong !! Biarkan luncai terjun dgn labunya. Focus kita mencari duit yg halal.. bila byk duit jgn lupa tlg mereka yg memerlukannya ok. Dan ingat satu.. kalau kita susah belum tentu org2 yg menabur fitnah tu akan bantu kita.. jadi stay strong dear.."


"@rosejukirose biarkan gossip2 tu.. Pihak kami akan mengambil tindakan secepat mungkin dear.. teruskan usaha murni mu mencari duit yg halal.. me doakan mu bakal jutawan !! Aminn"

Tidak kurang juga yang tampil mempertikaikan dakwaan yang dilabelkan sebagai 'fitnah' itu, Uci Qhairul mempertikaikan kelulusan individu yang bernama Abd Aziz Ibrahim yang juga tampil membongkarkan penipuan produk Double Stemcell (RUJUK SINI) itu benar atau dia dibayar untuk memburukkan DCS.


Siapalah Uci ini nak mempertikaikan kelulusan sesorang penyelidik itu yang mana kedudukan dirinya hanyalah sebagai seorang peserta MLM?

Dek keceluparan Uci, tampil pula Farril Fardan mempertahankan Dr. Abd Aziz Ibrahim dengan memberikan bukti bahawa beliau sememangnya seorang pengkaji.



Dalam persoalan yang diutarakan, Uci menyangkal status penyelidik tersebut. Malah persoalannya seperti printscreen diatas langsung tidak menjawab satu pun pertanyaan ditimbulkan Dr. Abd. Aziz.

Akhirnya, persoalan beliau dimatikan oleh seorang pengkomentar yang memberikan bukti kredibiliti Dr. Abd Aziz sebagai seorang pengkaji seperti printscreen dibawah:

Semenjak isu penipuan Double Stemcell ini dibongkar, ramai 'agen2 MLM DCS' ini melenting kononnya ada pihak cuba menabur pasir di periuk nasi mereka.

Walaupun Kementerian Kesihatan dan JAKIM telah membuat penafian memberi 'lampu hijau' kepada produk DCS berkenaan, masih ramai juga yang cuba menegakkan benang yang basah.

Selagi pengeluar produk berkenaan tidak tampil memberikan bukti bahawa produk Double Stemcell itu benar dan sahih, selagi itu pendedahan yang dilakukan oleh Mazidul dan Dr. Abd Aziz Ibrahim akan digunakan dan akan memberikan kesan yang negatif kepada perniagaan produk tersebut.

Jangan kerana rasa tamak dan mahu cepat kaya, hal-hal seperti halal diketepikan. Apa yang memalukan, rata-rata yang menjadi 'agen' kepada DCS adalah bangsa melayu. Entah apa yang 'taukey cina' tu gunakan untuk agen2 melayu ini sujud kepadanya? - My Media Hub (asal TengokTVOnline)

p/s: kalau dah taksub, orang cakap apa pun, kaki mlm ni takkan dengar dah..

sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: