#SENSASI~INILAH ORANG YANG LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Ketua Menteri Sarawak selama lebih 30 tahun ,Tan Sri Abdul Taib Mahmud(gambar atas)seolah-olah terasing dari politik Semenanjung sekalipun pergantungan Semenanjung kepadanya sangat besar bagi pengekalan kuasa BN dari satu Pilihanraya ke satu Pilihanraya Umum

Nasib baik Pengerusi Barisan Nasional Najib Tun Abdul Razak tidak mempedulikan pandangan Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menyertai gulongan chauvanis Cina dan pembangkang mahukan supaya Taib berundur kerana rasuah.Kalau tidak,Najib pun tidak jadi Perdana Menteri hari ini.

Saya kenal Taib Mahmud sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Persekutuan lebih 40 tahun lalu dan ketika itu Kip Bahadun menjadi pembantu khasnya (bekas Setiausaha Kerja UMNO-Allahyarham)

Apabila beliau outsmarted Abdul Rahman Yaacob bapa saudaranya yang mahu menjatuhkannya dalam pertarungan politik Sarawak,Taib keluar dengan aura kepimpinan yang gagah, ditakuti,dihormati dan disegani.

Rakyat di Semenanjung tidak bagitu tahu bahawa disebalik berbagai tuduhan rasuah dan penyalahguaan kuasa terhadapnnya, chengkamannya yang kuat dan bijaksana dalam politik dan pentabiran Sarawak, maka bumiputra Sarawak dapat diselamatkan, tanah tanah mereka tidak terjatuh ke mulut naga naga Cina yang senantiasa ternganga , lapar,rakus dan tamak haluba walaupun sudah kekenyangan.

Bahawa Taib menjadi benteng pertahanan kepada Bumiputra dan Islam di Sarawak bukanlah dengan penunjolan imej perkauman dan ke Islaman dari kata dan perbuatan .Taib tidak pernah menimbulkan prasangka kaum untuk mencari keyakinan di kalangan bumiputra kerana beliau sedar keyakinan mereka terhadapnya tidak pernah berganjak.

Setiap kali menghadapi pilihanraya, orang Cina meloncat dan mengaum seperti singa lapar membuat berbagai fitnah untuk menjatuhkannya dengan sokongan dari kuasa asing yang berkepentingan dengan kekayaan Sarawak dan juga sokongan budak budak berhingus politik di Semenanjung yang mahu dikenali sebagai juara pejuang keadilan dan demokrasi sedangkan mereka sendiri bergelomiang dengan najis.

Taib memahami,menghayati dan sebati dengan sejarah negara .Beliau memenipulasi kuasanya disamping mengkayakan diri dan keluarganya tetapi beliau juga mengkayakan bumiputra Sarawak dari suku Melanau,Melayu dan lain lain kepada taraf kehidupan yang bermaruah dan dihormati.

Mereka memberikan sokongan solid kepadanya kerana mereka dapat merasakan keadilannya dan dapat melihatnya menyelamatkan mereka dari mulut naga naga Cina yang senantiasa dalam kelaparan walaupun sudah kekenyangan.

Warisan pusaka kepimpinan yang amat bernilai yang ditinggalkan oleh Taib Mahmud ialah perpaduan erat teguh kukuh Bumiputra Sarawak yang melampaui perbezaan agama,suku kaum dan adat berbanding dengan di Semenanjung yang walaupun satu kaum Melayu tetapi berpecahbelah kerana politik agama.

Politik Pembangunan Sarawak yang dijalankan oleh Taib Mahmud telah meletakannya pada suatu taraf penghormatan yang tinggi di kalangan rakyat Sarawak . Beliau berundur dengan teratur, melangkah keluar dari kuasa dengan penuh hemah dengan perhetongan untuk mempastikan bumiputra khususnya dan rakyat umumnya terus berada dalam Sarawak yang stabil, makmur dan selamat.

Beliau menjadikan dirinya seperti benang yang menarik diri dalam tepong dalam langkah berundur dan tidak berundur dalam keadaan yang berkecamuk di bawah tekanan.Legasinya adalah legasi perpaduan bumiputra yang cemerlang dan Sarawak yang maju.

Bagi saya sebagai wartawan yang sekian lama mengikuti jejaknya , mendengar ucapan dan membaca pemikiran dan tindak tanduk politiknya ,Taib Mahmud bukan kepalang orang, kekuatan batinnya luar biasa ,tidak sekadarkan anak Sarawak yang terulung dan hebat yang berkaliber untuk hanya menjadi Ketua Menteri Sarawak tetapi beliau memiliki kewibawaan gagah untuk berada pada kedudukan Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi sayang beliau sendiri telah memileh untuk berpolitik setakat Sarawak sahaja.

Bersempena dengan pengudurannya dari kuasa,saya mengangkat tabek hormat kepadanya dengan keyakinan bahawa beliau tidak akan melakukan kesilapan politik seperti yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahahir.

Saya percaya Tan Sri Taib akan menjadi Yang Dipertua Negeri dan saya berdoa semuga Tan Sri Adenan Satem(gambar kanan) menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak ,bukan kerana saya kenal dengannya,bukan kerana dia telah membaca semua buku saya( seperti yang dimaklumkannya kepada saya) ,tetapi kerana saya melihat tangannya adalah seperti tangan Taib Mahmud.AMIN!

*Artikel dipetik dari blog Zam Kata htt://zamkata.blogspot.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: